Sesetengah orang berdiet untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka, sesetengah orang yang lain berdiet untuk merampingkan badan, dan sesetengah berdiet untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Menetapkan matlamat berdiet adalah agar kita lebih konsisten dalam aktiviti ini. Hal ini juga supaya anda menjadi lebih bermotivasi semasa menjalani diet anda. Latih diri kita supaya lebih berdisiplin ketika makan. Jangan makan ketika menonton televisyen atau sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan kamu tidak sedar akan kuantiti makanan yang kamu telah ambil.
2) PILIH AMALAN DIET YANG BETULTerdapat banyak program atau amalan mengenai diet yang wujud pada era ini. Walau bagaimanapun, pilihan yang betul adalah salah satu kunci dalam mencapai kejayaan yang diingini. Memilih amalan diet yang yang terbaik dan kita tidak digalakkan mengikuti program atau amalan yang terlalu ketat. Selain itu, kita juga perlu memilih program, yang telah menerima banyak testimoni atau review yang positif daripada orang yang telah melaluinya. Paling penting adalah kita hendaklah mengamalkan amalan diet yang bersesuaian dengan badan kita jika tidak mungkin akan memudaratkan diri kita.
3) ELAKKAN MAKANAN YANG MENGADUNGI MSG
Sebagai seorang pelajar, pengambilan makanan ringan dan makanan segera adalah perkara biasa. Makanan seperti ini mengandungikandungan MSG yang tinggi. Pada hari ini, kebanyak makanan yang anda boleh dapati di kedai makan dipenuhi dengan MSG. Makanan yang mengandungi bahan ini adalah yang telah diproses. Selain memudaratkan badan, bahan ini juga boleh menambahkan kandungan lemak dalam badan. Oleh itu, anda harus mengelakkan daripada memakan makanan yang mengandungi MSG. Jadi kita perlulah lebih berwaspada dan prihatin dengan kandungan makanan yang diambil.
.
.
.
.
JIka kita mahu berdiet, maka bersungguh-sungguh dan teruslah konsisten. Tambahan jika diet tidak dijaga berat badan kita boleh naik semula. Jadi kita perlulah amalkan pengambilan makanan yang betul. Dengan tips berdiet yang saya kongsikan ini, kita mungkin diet akan berjaya. Selamat mencuba~
Comments
Post a Comment