24. TIPS MENGURUSKAN STRESS

     Sekali sekala mari saya kongsikan beberapa tips mengurus stress. Sebagai seorang remaja yang kian masuk ke alam dewasa, stress itu adalah perkara yang sentiasa menemani kita tidak kira di waktu siang atau malam. Stress ini bukanlah sesuatu penyankit namun ia mampu memberikan kesan yang mendalam ke dalam hidup seseorang.

    Stress adalah sebab utama terhadap kes bunuh diri. Jadi menjadi tanggungjawab kepada kita bagi mengelakkan dari perkara tersebut berlaku. Antara cara bagi mengurus stress adalah:

1. LAKUKAN PERKARA YANG ANDA GEMARI.

    Berikan masa kepada diri anda sekali sekala untuk melakukan sesuatu yang diminati anda seperti membaca buku, menyanyi dan berjoging. Berdasar pengalaman saya, kadang kala "Assigment" boleh menjadi sebab berlakunya stress. Jadi bagi mengurangkan rasa tertekan dan stress saya mengambil keputusan agar melakukan perkara yang saya minat ketika melakukan "Assignment". Saya selalu mendengar lagu sambil menyelesaikan kerja.

2. BERIBADAT

    Jalan terbaik untuk menghilangkan tekanan adalah berdoa dan mengingati kepada pencipta kita. Macam kolot bagi sesetengah orang namun percayalah kepada saya bahawa perkara kolot inilah yang bakal menjadi sebab diri anda lebih tenang. Selain keluarga dan rakan rapat, hanya diri-Nya yang lebih memahami dan sentiasa ada untuk mendengar segala masalah kita. Beribadat ini mampu memberikan sokongan emosi dan kelegaan. Elak berfikiran negatif juga mampu membantu mengurangkan stress.

3. ELAKKAN BERTANGGUH MASA

    Ramai yang tidak sedar bahawa sebab utama stress ini muncul adalah disebabkan dirinya sendiri yang suka menangguh melakukan kerja. Bagi pelajar universiti, bertangguh melakukan "Assignment" adalah sesuatu kebiasaan. Jadi kebiasaan itulah yang memberikan titik hitam yang besar ke dalam masalah stress ini. Ubahlah kebiasaan itu menjadi luar biasa, biar rakan-rakan yang lain mahu berkata apa tapi pikirlah bahwa kesihatan dan kegembiraan diri anda itu penting. Love Yourself~


    Harap semua ini dapat membantu semua dan jika tips saya ini memberikan bantuan kepada semua ada baiknya jika kita kongsikan kebaikan ini kepada yang tersayang. Start your days without stress and last love yourself because you are precious~ This song just for you and the meaning is important now... Last but not least, ignore the toxic people because you know your self better.







Comments