23. MAGIKA

                                              

    Sebuah filem muzikal yang sentiasa memberikan keterujaan bagi semua rakyat Malaysia sehingga kini walaupun telah ditayang sejak 10 tahun lepas. Filem ini ditonton tidak mengira peringkat umur. Filem ini diterbitkan oleh Edry Abdul Halim dan Edry juga mencipta kesemua lagu khas untuk filem Magika ini. Filem ini menambat hati ramai penonton semestinya kerana lagu yang diselitkan di dalam filem sangat menarik.

    Filem ini merupakan sebuah filem yang menunjukkan ciri-ciri kekeluargaan dan juga menyelitkan pantang larang bagi orang Melayu seperti jangan keluar rumah sewaktu senja menjelma. Magika mengisahkan mengenai dua adik beradik tersesat di dalam alam bunian kerana keluar dari rumah sewaktu senja. Perkara ini berlaku kerana Malik iaitu adik kepada Ayu melarikan diri ke dalam hutan kerana berasa marah. Malik secara tidak sengaja telah jatuh ke dalam perigi di tengah hutan. Bermulanya di situ pengembaraannya di alam bunian itu.

    Di alam bunian itu, Malik telah ditangkap oleh nenek kebayan kerana ramuan untuk membuat semua jamu miliknya memerlukan air mata budak-budak. Bagaimanapun dengan kehadiran Bad, seorang penduduk biasa telah membantu segala rintangan yang dihadapi oleh Ayu. Walaupun Ayu telah menyelamatkan Malik dari genggaman nenek kebayan, masalah untuk keluar dari alam bunian itu masih belum selesai. Hanya satu jalan sahaja untuk keluar, namun mereka perlu berhadapan dengan penjaga Tasik Chini. Dengan bantuan Bad segala yang mustahil menjadi kenyataan. Akhirnya, Ayu dan Malik mampu pulang ke dunianya kembali namun perpisahan mereka dengan Bad memberikan hati Ayu lebih berat untuk meninggalkan alam tersebut.

    Filem ini sangat menarik dan mengadungi banyak pelajaran kerana filem Magika ini menggabungkan beberapa watak lagenda dari bawang putih dan bawang merah, Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Hang Tuah dan Badang. Banyak pengajaran yang terselit dalam filem ini. Antaranya, filem ini menggambarkan kebenaran mengenai pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Walau keruh dan teruk sekali hubungan di antara adik-beradik akhirnya akan berbaik juga. Bagi yang belum mononton selamat menonton dan bagi yang sudah menonton tontonlah lagi sekali~








Comments