2. WEATHERING WITH YOU

    Filem ini merupakan sebuah filem fantasi romantik yang ditulis dan diarahkan oleh Makoto Shinkai. Filem ini dikeluarkan pada 19 Julai 2019 dan filem ini merupakan filem ang diadaptasi daripada sebuah novel karya Makoto Shinkai. Filem ini mengisahkan mengenai seorang pelajar sekolah menengah lelaki yang lari dari rumah ke Tokyo dan menetap bersama seorang gadis serta adik lelakinya.

        Hodaka Morishima, seorang pelajar sekolah yang telah melarikan diri Kozu-shima, sebuah pulau ke Tokyo dengan menaiki feri. Malang tidak berbau, feri yang dinaikinya itu dilanda ribut dan dia telah diselamatkan oleh Keisuke Suga dan lelaki itu juga memberikannya kerja serta tempat perlindungan kepadanya. Sebelum Hodaka menerima untuk bekerja bersama lelaki tersebut Hodaka telah berusaha mencari pekerjaan di kawasan itu namun menemui jalan buntu. Sewaktu mencari kerja Hodaka bertemu dengan seorang perempuan yang baik hati memberikannya makanan.

        Hodaka bekerja menjadi pembantu kepada Suga dalam menyiasat dan membongkar mengenai rahsia bandar tersebut, berkaitan dengan cuaca hujan yang luar biasa di Tokyo. Melalui seorang ahli ramal, lagenda mengenai "gadis cahaya matahari" adalah orang yang mampu mengawal cuaca. Segala kehidupan Hodaka juga berubah selepas menyelamatkan perempuan yang memberinya burger tempoh hari, Hina. Hodaka berasa terkejut denga kebolehan yang diperolehi oleh Hina. Dia mampu berhentikan hujan seketika dengan berdoa pada langit. Hodaka mencadangkan untuk membuka perniagaan dengan kuaa yang dimiliki Hina. Tanpa disangka semua perniagaanya itu mendapat sambutan hangat di laman sosial mahupun televisyen.

        Kebahagian merupakan satu perkataan yang tidak akan kekal dalam hidup mahupun jalan penceritaan. Hina merupakan seorang "gadis cahaya matahari" dan boleh dikatakan sebagai ganti atau pertukaran kepada cuaca yang cerah tanpa hujan. Hodaka tidak dapat menerima akan pemergian Hina tersebut kerana baginya Hina cukup penting. Hodaka memastikan bahawa Hina tidak hilang pada esok hari namun apapun yang diikhtiar oleh dirinya. Nasib tidak menyebelahi dirinya, pada keesokan paginya, Hina telah hilang dari pandangannya. Adakah Hodaka dapat berjumpa kembali dengan Hina? Apakah yang dilakukan oleh Hodaka untuk berjumpa kembali dengan Hina?



Comments