"Truth or Dare" sebuah filem seram Amerika yang diarahkan oleh Jeff Wadlow dan ditulis oleh Michael Reisz, Jillian Jacob, Chris Roach dan Wadlow. Cerita ini mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar kolej yang pergi bercuti di Mexico.
Olivia Barron watak yang dimainkan oleh Lucy Hale, seorang pelajar senior kolej yang merupakan seorang yang baik dan selalu melebihkan keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri. Segala huru-hara dan kacau-bilau muncul di dalam hidupnya setelah Olivia berjumpa dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Carter. Lelaki tersebut mengajak Olivia dan rakannnya ke gereja lama yang telah ditinggalkan dan mencadangkan kepada mereka untuk bermain permainan "Truth or Dare".
Persetujuaan mereka semua dalam permainan tersebut membawa malapetaka kepada mereka. Apabila tiba giliran mereka maka akan muncul bayangan jahat yang sentiasa bertanya kebenaran atau keberanian. Jika kebenaran yang dipilih maka jangan sesekali dijawab dengan penipuan jikalau tidak kematian menanti bagi mereka. Paling membebankan adalah di dalam satu pusingan mereka hanya mampu untuk memilih kebenaran sebanyak dua kali sahaja dan bakinya perlu melakukan ujian keberanian yang mungkin akan menjadikan nyawa sebagai pertukaran.
Pada mulanya, hanya Olivia yang merasakan bahawa permainan tersebut bernyawa kerana dia telah mengalaminya. Rakan-rakannya menganggap bahawa Olivia sudah tidak waras. Namun segalanya terjawab apabila tiba giliran rakan-rakannya. Satu per satu rakannya berjumpa ajal mereka. Rakan Olivia yang masih selamat cuba sedaya upaya mereka agar selamat menyelesaikan permainan setibanya giliran mereka. Perkara yang paling mengerikan ketika rakan baik Olivia iaitu Markie memilih keberanian dan hantu tersebut menyuruhnya agar mematahkan tangan Olivia. Jadi Olivia dengan rela hati mengambil penukul dan meminta Markie agar mematahkan tangannya. Jika tidak itulah kaliterakhir Olivia untuk melihat kawan baiknya bernyawa.
Pelbagai pengajaran yang kita boleh pelajari berdasarkan filem ini, antaranya adalah jika ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita tidak putus asa dan percaya bahawa setiap sesuatu itu mesti ada pengakhirannya nescaya segala kesulitan yang kita hadapi bisa diselesaikan. Tambahan ikatan persahabatan tetap akan kekal terjalin walau sebesar mana rasa dendam kita terhadap rakan kita. Janganlah kita terlampau berdendam dengan seseorang yang pernah menggelar kita sebagai seorang rakan kerana ketika kita susah mereka akan tetap setia mencari jalan penyelesaian demi diri kita. Selamat menonton~
Comments
Post a Comment