7. RAATCHASI

    Filem ini telah ditulis dan diarahkan oleh Syed Gowthamraj dan telah dihasilkan oleh S.R. Prakashbabu dan S.R. Prabhu. Filem ini dibintangi oleh pelakon wanita di filem Tamil yang paling saya minati iaitu Jyothika Saravanan yang memainkan watak sebagai Geeta Rani, seorang guru besar baharu di sekolah di pedalaman.

    Filem ini mengisahkan mengenai sebuah sekolah kerajaan yang bertempat di kawasan kampung dan pedalaman jauh dari bandar besar. Keadaan pengurusan sekolah tersebut sangatlah teruk tanpa pengurusan masa, dengan guru yang tidak mengambil berat tentang tanggungjawab mereka dan segalanya akan berubah dengan kemunculan Geeta Rani menjadi guru besar baharu di sekolah tersebut.
 
    Geeta Rani merupakan seorang bekas tentera India dan memilih sekolah tersebut kerana kisah silamnya bersama lelaki yang paling dicintainya. Geeta bertekad mengubah pentadbiran tersebut setelah mengetahui pentadbiran sekolah itu tidak berfungsi sebaiknya. Geeta mula mengubah sekolah tersebut dimulai dengan masalah pelajar di situ dan diikuti dengan memberi kesedaran kepada semua guru agar mempunyai ilmu yang betul agar apa yang disampaikan kepada anak murid adalah benar.

    Sekolah tersebut menunjukkan perubahan yang agak besar dan mampu mengalahkan sekolah swasta. Jadi hal ini menyebabkan masalah demi masalah makin menimpa Geeta. Namun Geeta akan tetap berdiri teguh agar sekolah dan anak muridnya itu untuk berjaya di masa akan datang. Selamat menonton terdapat banyak elemen yang mengejutkan dan mampu memberi kesedaran serta perubahan yang positif di dalam diri kita. 






Comments