Ready or Not adalah filem yang diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillet pada tahun 2019. Filem ini dibintangi oleh Samara Weaving yang memegang watak utama yang merupakan pengantin wanita kepada Mark O'Brien yang memegang watak sebagai suaminya.
Filem ini mengisahkan satu keluarga yang mempunyai tradisi keluarga sejak turun-temurun bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Permainan ditentukan dengan cara yang rawak iaitu memilih kad secara rawak. Grace merupakan wanita yang berkahwin dengan Tony, anak lelaki kepada keluarga itu. Namun Grace masih tidak tahu akan tradisi keluarga itu kerana Tony tidak menceritakannya kepada Grace.
Selepas perkahwinan berlangsung, semua ahli keluarga Tony termasuk Grace anggota baru keluarga itu berkumpul untuk memulakan tradisi keluarga itu. Tanpa disangka oleh Tony dan ahli keluarganya yang lain Grace dapat permainan nyorok-nyorok (Hide and Seek) yang merupakan permainan jika anggota baru bagi keluarga tersebut dijumpai mereka perlu dibunuh dan permainan ini akan berlangsung sehingga matahari terbit.
Pada awalnya, Grace mmasih merasakan bahawa ini hanyalah mainan kolot sehingga dia melihat sendiri salah seorang ahli keluarga Tony membunuh salah seorang ahli keluarganya kerana salah faham mengingatkan bahawa ia adalah Grace. Tony akhirnya memberitahu Grace akan tradisi keluarganya dan membantu Grace sehabis baik untuk terus hidup dan selamat dari ahli keluarganya itu sendiri. Semua ahli keluarga Tony dilengkapi denga pelbagai senjata seperti senapag, pistol dan kapak. Tony meminta agar Grace berusaha melarikan diri dari kediaman keluarganya itu sementara dia membuka semua pintu rumah itu.
Adakah Grace mampu bertahan untuk selamat sehingga matahari terbit? Dan apa yang akan berlaku kepada keluarga Tony jika Grace berhasil untuk menyelamatkan dirinya? Kerana tidak ada yang pernah berjaya untuk menyelamatkan diri jika dapat permainan nyorok-nyorok ini. Selamat menonton~
Comments
Post a Comment