Mujhse Dosti Karoge bermaksud "Sudikah Awak Jadi Kawan Saya" merupakan sebuah filem romantis berbahasa Hindi yang dikeluarkan pada tahun 2002. Filem ini diarahkan oleh Aditya Copra dan Yash Copra. Pelakon yang turut serta dalam filem ini antaranya adalah Rani Mukerji, Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor.
Pooja, Raj dan Tina adalah rakan di zaman kanak-kanak mereka. Raj tertarik dengan Tina namun dalam diam Raj tidak tahu bahawa Pooja menyimpan rasa cinta di dalam hati terhadap dirinya. Suatu hari, Raj perlu berpindah ke England kerana ayahnya mahu mencari kerja baharu disana. Sebelum meninggalkan India Raj meminta agar Tina menulis e-mail kepadanya. Namun bukan Tina yang membalas kesemua e-mail dari Raj tetapi yang membalasnya adalah Pooja dan kesilapan yang dilakukan oleh Pooja adalah dia membalas kesemua e-mail Raj dengan nama Tina.
Selepas berpuluh tahun berlalu, Raj pulang ke India. Raj tidak bersabar untuk bertemu dengan orang yang sentiasa mempunyai masa untuk membalas e-mailnya iaitu mengikutnya adalah Tina. Namun semakin lama Raj duduk di rumah keluarga Tina dan Pooja, semakin terbongkar rahsia Pooja. Raj mendapati bahawa kesemua cerita yang pernah dia peroleh daripada e-mailnya sebelum ini banyak persamaan dengan Pooja dan bukannya Tina. Segalanya terbongkar namun Raj agak lambat mengetahui hal sebenar mengenai Pooja. Sebenarnya Raj jatuh cinta kepada penulis e-mail kepadanya iaitu Pooja dan bukan Tina.
Perkahwinan mereka telah ditetapkan pada hari yang sama namun tidak menggembirakan hati Raj kerana orang yang layak menerima cintanya adalah Pooja. Pada pendapat semua, siapa yang perlu Raj pilih? Samada Pooja, perempuan yang dia cinta atau Pooja, perempuan yang dia tak cintai. Walaupun filem ini dah 15 tahun lebih telah disiarkan di kaca televisyen namun masih mendapat sambutan yang agak hangat dari para penonton. Saya jujur sudah menontoh cerita ini lebih dari tujuh kali namun masih menarik dan pandangan saya terhadap filem ini tidak pernah berubah. Selamat menonton kepada semua untuk ketahui siapakah yang dipilih oleh Raj sebagai pasangan hidupnya~
Comments
Post a Comment