10. EX MACHINA

    Ex Machina adalah sebuah filem sains fiksyen seram yang dikeluarkan pada tahun 2014. Filem ini ditulis dan di arah oleh Alex Garland. 

    Cerita bermula apabila seorang pengatucara program bernama Caleb Smith memenangi peraduan anjuran syarikatnya. Caleb memenangi hadiah berkunjung ke rumah mewah CEOnya yang terletak di sebuah lokasi terpencil di pergunungan. Setibanya dia ke rumah itu Caleb telah diperkenalkan oleh CEOnya kepada robot wanita bernama Ava. Nathan Bateman(CEO) meminta Caleb menjalankan ujian Turing terhadap robot itu. Nathan mahu Caleb menilai Ava, apakah ia mampu berinteraksi secara minda sedar atau sebaliknya.

    Selepas beberapa sesi temuramah bersama Ava, robot wanita itu meluahkan perasaannya terhadap Caleb. Mengetahui niat Nathan mahu menaik taraf Ava dan membuang memori lama Ava, Caleb merancang untuk lari bersama Ava dari situ.  Namun rancangan Caleb dan Ava dapat dihidu oleh Nathan. Lalu Nathan membongkar satu rahsia yang dia telah merakam perbualan terakhir Caleb dan Ava serta rancangan mereka untuk melarikan diri.

     Nathan berpendapat yang Ava telah memperdayakan dan memperalatkan Caleb untuk lari dari rumah itu. Pendapat itu sukar untuk diterima oleh Caleb kerana dia juga sudah mula menyayangi Ava. Sebagaimana yang telah dirancang, Ava telah memutuskan bekalan eletrik di rumah itu. Tapi apabila ia cuba dihalang oleh Nathan lalu ia membunuhnya dan Caleb pula dikurung di sebuah bilik. Akhirnya Ava Berjaya keluar dari situ dan bergaul di dalam masyarakat manusia.






 

Comments