11. CALL

     Sebuah filem Thriller berbahasa Korea yang ditayangkan di Netflix pada 27 November 2020. Filem ini diarahkan oleh Lee Chung-Hyun serta dibintangi oleh Park Shin-Hye dan Jeon Jong-Seo. Filem kali ini saya rasa mereka yang bertanggungjawab dalam menyusun plot filem ini mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sangat besar kerana plot penceritaannya sangat cantik membuatkan saya kagum beberapa kali.
    
    The Call mengisahkan dua wanita yang dapat berkomunikasi melalui panggilan telefon walaupun mereka berada pada dua masa yang berbeza iaitu pada masa dahulu dan sekarang. Panggilan telefon itu mampu mengubah nasib Kim Se-Yon, seorang wanita berumur 28 tahun pada tahun 2019. Dia menerima panggilan untuk pertam kalinya dari seorang wanita ketika dia berada di rumah milik keluarganya selepas melawat emaknya di hospital. 

    Kim Se-Yon amat benci akan emaknya kerana emaknya adalah penyebab ayahnya meninggalkan dirinya buat selamanya. Kim Se-Yon menyiasat rumah tersebut dan mengetahui bahawa dia menerima panggilan telefon daripada Oh Young-Sook yang tinggal di rumah itu juga namun pada tahun 1999. Mereka berkomunikasi dan betukar-tukar maklumat mengenai hidup mereka. 

    Suatu hari Oh Young-Sook mengambil keputusan untuk mengubah masa depan dengan mengelakkan daripada kebakaran yang menyebabkan bapa Kim Se-Yon meninggal dapat dihindari. Segala perubahan yang dibuat di masa lalu mampu mengubah masa hadapan. Kim Se-Yon memberi amaran kepada Oh Young-Sook bahawa dia akan dibunuh oleh emak angkatnya pada hari itu. 

    Segalanya berubah kerana Oh Young-Sook membunuh emaknya dan kini akan membunuh keluarga Kim Se-Yon kerana Kim Se-Yon makin lambat untuk menjawab panggilannya. Satu per satu kehidupan Kim Se-Yon kehilangan orang yang disayangi. Segalanya menjadi semakin huru-hara kerana Oh Young-Sook menjadi seorang yang tidak boleh dikawal lagi. Selamat menonton untuk ketahui pengakhirannya dan di sini saya memberitahu bahawa pengakhirannya tidak seperti yang semua fikirkan.



















    

    

Comments