Belajar bukanlah sesuatu yang mudah untuk setiap peringkat umur melainkan jika seseorang itu bertuah kerana dikurniakan kebolehan itu sejak lahir. Lagi sukar bagi kita untuk belajar di musim Covid-19 ini kerana kita berada di rumah dan tiada siapa selain ibu bapa kita untuk memantau kerja
kita. Antara tips belajar yang boleh diamalkan oleh pelajar dengan betul adalah:
1) MEMBUAT BANYAK SOALAN
Tips ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam proses mengulang kaji dan mengingati isi-isi penting. Tambahan ini akan membiasakan diri kita dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Selain itu, kita tidak perlu bersusah-payah mengerah diri menghafal satu buku teks kerana jika kita meluangkan banyak masa dengan menjawab soalan sebagai latihan kita secara automatiknya akan ingat isi-isi yang penting dengan cara yang mudah dan lebih seronok jika dibandingkan membaca buku nota yang tebal ketika peperiksaan menghampiri.
2) JANGAN MEMAKSA DIRI
Pelajar perlu belajar mengikut rentak mereka sendiri dan jangan ikut cara belajar rakan lain. Hal ini kerana setiap orang mempunyai masa yang tersendiri untuk belajar. Tiidak semua orang mampu belajar pada waktu petang dan tidak juga ada yang mampu untuk belajar 24 jam. Oleh hal tersebut, jangan kita bandingkan dan samakan cara pembelajaran kita dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Jika anda seorang pelupa, ulang kajilah dua atau tiga minggu sebelum peperiksaan bermula dan pastikan anda dapat mengetahui rentak belajar anda mulai sekarang!
3) JANGAN MENGALAH!
Jangan berasa mengalah kerana keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan walaupun setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran siang dan malam tanpa rehat. Sebenarnya, penilaian tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam kehidupan. Mungkin ada sesuatu yang kita terlepasa pandang sewaktu atau sebelum proses belajar kita. Namun apapun yang paling penting kita gagal selepas berusaha bukan gagal tanpa berusaha. Teruskan usaha dan jangan berhenti kerana mungkin suatu hari nanti kejayaan bakal menyapa kita.
.
.
.
.
.
.
Belajar sebenarnya merupakan suatu yang menarik dan bukanlah sesuatu beban. Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan. Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah. Teruskan usaha dan janganlah mengalah....
Comments
Post a Comment