21. MENGGUNUNG


     Tertera sahaja nama penulis buku Helmi Effendy boleh dijamin karya yang dihasilkan adalah unggul. Dari segi penceritaan, keunikan sehingga ke pengakhirannya. Tiada satupun karya milik Helmi Effendy yang tidak mendapat sambutan hangat peminat novel seram. Novel kali ini, memang sukar untuk kita sebagai pembaca untuk meneka jalan penceritaannya. 

   Novel ini bertambah unik kerana penulis memberikan 7 orang remaja menjadi watak yang menggerakkan segala plot novel. Semua ini adalah watak yang memainkan peranan yang sangat penting dalam novel Menggunung ini. Izzat merupakan seorang yang arif tentang alam ghaib manakala Kamarul pula seorang yang berpengetahuan mengenai alam ghaib melalui pembacaannya di dalam kitab lama. 

    Setibanya Izzat pertama kali di Menggunung itu satu persatu perkara yang pelik kian menimpa Menggunung. Dimulai dengan kemunculan satu laman web, segala khabar angin yang diceritakan di dalam laman web tersebut mengenai pekan menggunung itu satu persatu menjadi kenyataan. Antara khabar angin yang menarik minat saya adalah sewaktu mereka bertujuh berada di kem perkhemahan. Rahsia yang Kamarul sendiri tidak tahu adalah bahawa dirinya bukanlah seorang manusia biasa namun Kamarul merupakan seorang bunian.

    Jika mahu diceritakan seluruh inti pati novel ini memang tidak habislah. Segala yang diceritakan di dalam novel ini susah untuk diterima oleh akal. Namun keselamatan penduduk Menggunung semuanya terletak di tangan tujuh sekawan itu. Pengakhiran novel seram ini memberikan sebuah kejutan yang amat besar kepada para pembaca termasuk diri saya sendiri. Novel ini memang dapat menawan hati setiap pembaca dari kali pertama dikeluarkan sehingga kini. 

Comments