14. WORK IT

 

 Work It sebuah filem Amerika bertemakan filem musikal komedi yang diarahkan oleh Laura Terruso dan dihasilkan oleh Alicia Keys, Leslie Morgenstein dan Elysa Koplovitz Dutton. Filem ini ditayangkan di Netflix pada 7 Ogos 2020.

    Quinn Ackerman watak yang menggerakkan semua plot di dalam filem ini. Dia merupakan seorang senior sekolah menengah yang pelik dan bijak dan menetap di Carolina bersama ibunya. Impian Quinn adalah untuk memasuki Universiti Duke, kerana ia merupakan tempat yang mendiang ayahnya pernah belajar. Quinn belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh A di dalam setiap mata pelajaran.

    Suatu hari, Quinn menetapkan matlamatnya untuk menyertai kumpulan tarian di sekolah kerana itulah satu-satunya peluang bagi Quinn agar dia menjadi lebih menonjol dan mampu mencapai impiannya bagi masuk ke Universiti Duke. Quinn perlu melakukan yang terbaik agar dapat memenangi  pertandingan tarian "Work It". Ini sahaja satu-satunya peluang yang Quinn ada bagi peroleh impiiannya.

    Bagi memasuki pertandingan tersebut, Quinn perlu bentukkan pasukan tariannya sendiri dan belajar menari. Mujur rakan karibnya merupakan antara pelajar yang berkebolehan dalam bidang tarian. Dari hari ke hari Quinn dan ahli pasukan yang lain menunjukkan peningkatan kemahiran mereka dalam bidang tarian ini. Tambahan Quinn juga sehabis baik meminta agar Jake Talor, bekas juara tarian "Work It" agar menjadi koreografer bagi kumpulannya. Segala naik dan turun masalah menimpa kumpulan Quinn namun mereka semua tetap tabah bagi meneruskan sehingga ke pengakhirannya. Persoalannya mampukah Quinn dan pasukannya mencapai kemenangan di dalam pertandingan "Work It"?

    




Comments