Sebuah drama korea yang dikeluarkan pada 22 Julai 2015. Drama ini diarahkan oleh Yoo Je Won. Watak utama di dalam drama ini dimainkan oleh Park Bo Young dan Jo Jung Suk.
Drama ini mengisahkan mengenai Na Bong Sun seorang yang pemalu dan rendah diri, dia tidak mempunyai kawan rapat. Dia merupakan seorang pekerja di sebuah restoran. Tambahan Na Bong Sun mampu melihat orang yang telah mati. Keistimewaan ini diperoleh kerana neneknya adalah seorang dukun. Bos Bong Sun merupakan seorang yang poyo namun Bong Sun tetap bekerja di bawahnya kerana dia mempunyai perasaan terhadap bosnya itu.
Kehidupan Bong Sun berubah setelah perjumpaannya dengan seorang hantu bernama Soon Ae. Kehadiran Soon Ae membawa Bong Sun ke dalam masalah kematian Soon Ae. Perangai Bong Sun secara drastik berubah dari seorang yang pemalu kepada seorang yang sangatlah yakin diri.
Soon Ae meminta bantuan kepada Bong Sun agar meminjamkan badannya agar dia mampu mencari punca kematiannya dan sebagai ganti Soon Ae perlu membantu dirinya untuk mendapat cinta dari bosnya. Tanpa disangka orang yang paling rapat dan orang yang dipercayai oleh Bong Sun dan Soon Ae adalah punca kepada kematian dirinya. Dalang dari semua kematian ini memang orang yang tidak disangka.
Jalan cerita yang dipaparkan di dalam ini sukar untuk kita teka. Saya yakin bahawa kepada peminat drama genre romantik dan misteri akan menjadi drama yang bertahta di hati. Drama ini menceritakan bahawa kadang kala kita janganlah cepat sangat memberikan kepercayaan kepada seseorang. Tambahan keyakinan juga perlu ada di dalam diri setiap orang. Selamat menonton~
Comments
Post a Comment