17. A WHISKER AWAY

     Kali ini kita bawa kepada filem animasi dari Jepun. Filem ini dihasilkan oleh Studio Colorido , Toho Animation and Twin Engine serta diarahkan oleh Junichi Sato dan Tomotaka shibayama. Filem ini dtayang di "Netflix" pada 18 Jun 2020.

    Fillem animasi ini digerakkan oleh watak seorang pelajar sekolah iaitu Miyo Sasaki. Dia seorang gadis sekolah menengah yang tidak gembira dengan kehadiran ibu tirinya di dalam keluarga itu. Suatu hari, segalanya kian berubah setelah Miyo menerima toprng kucing dari seorang tukang magik yang misteri. Topeng tersebut mampu mengubah Miyo menjadi seekor kucing pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

    Miyo akan mengubah dirinya menjadi kucing setiap kali pulang dari sekolah untuk bertemu lelaki yang diminatinya. Mayo takut jika dia memberitahu hal sebenar kepada lelaki tersebut dia bakal menolak cintanya. Jadi dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya dan terus menjadi kucing yang digelar Tarō oleh Hinode, lelaki yang diminatinya. Suatu hari, penjual topeng itu muncul dan memberitahu bahawa dia bakal terperangkap di dalam tubuh kucing itu dan sebagai bayaran topeng itu Miyo perlu menyerahkan topeng muka Miyo.

    Disebabkan Miyo telah berikan topeng mukanya itu kepada penjual topeng itu kawan-kawan dan keluarga Miyo. Tetapi Mayo ingin kembali bentuk asalnya sebagai seorang manusia. Miyo mengikuti penjual itu sehingga suatu tempat yang hanya boleh dilalui dan dilihat oleh seekor kucing sahaja. Miyo perlu berubah jadi seorang manusia sebelum malam menjelma kerana itu adalah hadnya sebelum Miyo kekal selama-lamanya di dalam bentuk kucing itu. Persoalannya adakah Miyo mampu kembalikan dirinya menjadi manusia semula? Dan adakah Miyo mampu bertemu dengan kawan, ayah dan ibu tirinya itu? Sewaktu kehilangan Miyo ibu tirinya itulah orang yang paling risau dan bersungguh mencari dirinya.



Comments