Pada mulanya, keluarga Yong Nam, seorang penganggur lelaki mengadakan parti bagi kedua ibu bapanya di sebuah hotel di mana Uijoo bekerja, rakan sekerja Yong Nam suatu ketika dahulu. Yong Nam merupakan seorang pendaki sebelum syarikatnya terpaksa ditutup atas faktor kerugian.
Kekecohan bermula setelah gas yang misteri itu kian merebak ke hotel itu. Yong Nam mencari pelbagai inisiatif bagi menyelamatkan kesemua ahli keluarganya. Satu-stunya cara untuk menyelamatkan mereka semua adalah dengan meminta bantuan daripada helikoptor yang dihantar oleh kerajaan. Setelah berjaya menyelamatkan semua ahli keluarga tinggal hanya Yong Nam dan Uijoo yang masih di situ kerana helikopter tersebut telah mencapai had yang maksimum muatannya.
Yong Nam dan Uijoo perlu pergi ke bangunan yang paling tinggi bagi mengelakkan gas itu. Bagi sampai ke bangunan yang tertinggi tersebut mereka terpaksa menggunakan segala kebolehan dan kemahiran mereka untuk tiba di sana. Berkali-kali mereka berasa mengalah namun perasaan mengalah itu tidak juga mampu mengalahkan semangat mereka yang membara bagi menyelamatkan diri dan berjumpa dengan keluarga mereka kembali. Adakah Yong Nam dan Uijoo mampu berjaya menyelamatkan diri? Selamat menonton~
Comments
Post a Comment