19. TIPS PENJAGAAN MUKA

 

    Setiap orang mengidamkan wajah yang bersih, cerah dan jauh daripada jerawat dan jeragat. Bukan apa, muka yang bersih mampu memberikan kita keyakinan diri untuk menjalankan kehidupan harian. Bila dibincangkan mengenai penjagaan muka mesti semua menganggap bahay ia memerlukan kos yang tinggi namun itu tidak benar. Perkara yang penting dalam penjagaan muka adalah sifat kerajinan dan usaha berterusan.

Antara tips penjagaan yang mungkin berkesan jika dijadikan rutin adalah:

1) PENYEGAR ATAU TONER MUKA

    Toner muka ini dapat menutup liang pori yang masih terbuka dan toner juga mampu menghilangkan sisa kotoran yang tertinggal di muka. Liang pori yang terbuka ini boleh menyebabkan debu, habuk, minyak dan kotoran yang bebas di udara terperangkap di dalam liang pori. Jika perkara ini terus berlaku ia boleh mengakibatkan masalah penyakit seperti whitehead, blackhead dan jerawat. Cara menggunakan toner adalah dengan sembur toner ke wajah dan ratakan ia menggunakan kapas dan ulang langkah ini sehingga betul-betul bersih.

2) TIDUR YANG MENCUKUPI

    Kini ramai yang inginkan muka yang cantik dan berseri namun tidak pernah mendapatkan tidur yang secukupnya. Jika kita tidak amalkan tidur yang cukup muka kita akan menjadi kusam, tidak bermaya, sembab dan hilang seri. Jumlah tidur yang disyorkan adalah 7 sehingga 8 jam setiap malam. Bagi memudahkan untuk tidur adalah elakkan hidangan yang besar beberapa jam sebelum tidur dan elakkan kafein. 

3) ELAKKAN PRODUK YANG MERBAHAYA

    Pada era ini, terdapat banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran kecantikan tidak kira yang telah disahkan dan tidak disahkan. Kebanyakan orang hanya mementingkan hasil kecantikan dan positif yang bakal diperolehi. Namun kesan negatif yang sangat teruk itu hanya dipandang enteh oleh sesetangah orang. Tiada guna jika kecantikan itu hanya kekal beberapa bulan sahaja jika akibat yang bakal di alaminya jika berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah jika organ dalaman juga terkesan kerana kandungandi dalam produk tersebut.

    

Itu adalah antara tips penjagaan muka yang saya dapat kongsikan kepada semua. Selamat mencuba~


Comments