26. ISTANBUL AKU DATANG

 

     Sebuah filem komedi romantik yang dikeluarkan pada 2012 yang diarahkan oleh Bernard Chauly. Filem ini adalah filem yang sentiasa menjadi filem kegemaran saya walaupun sudah lapan tahun ditayangkan. Filem ini dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok.

    Kedatangan Dian ke Istanbul adalah untuk belajar berdekatan dengan tunangnya, Azad. Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh Dian adalah lamaran dari tunangnya itu. Dian berasa sungguh teruja lebih-lebih lagi kerana dia berada di Istanbul negara yang terkenal dengan kecantikannya.

    Setibanya Dian di rumah sewabAzad dan rakannya, Azad meminta Dian agar mencari rumah sewa yang lain kerana baginya tidak manis jika seorang wanita menetap di rumah bersama tiga orang lelaki.Dian terpaksa mengikuti kehendak tunangnya itu. Setelah banyak rumah sewa yang dilihat oleh Dian akhirnya terdapat satu rumah yang menarik perhatian Dian.

    Namun malang tidak berbau, rupa-rupanya rumah sewa yang disewa oleh Dian itu sebenarnya telah ada penyewanya iaitu seorang lelaki, Harris. Dian tidak mampu untuk mencari rumah sewa yang baharu kerana wang yang dimilikinya sepenuhnya telah dibayar kepada agen rumah yang telah menipunya itu. Segalanya menjadi lebih kucar-kacir apabila Azad mendapat tahu bahawa penyewa rumah Dian itu adalah seorang lelaki. Dian dimarah oleh Azad dihadapan Harris kerana selama ini dia telah menipu Azad. Namun rahsia yang disimpan oleh Azad adalah lebih teruk berbanding dengan rahsia yang disimpan oleh Dian. Rupa-rupanya Azad memiliki teman wanita lain di Istanbul.

    Perkara ini membuatkan Dian berasa teramatlah kecewa dan membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia semula. Selepas kejadian itu, Harris mengambil keputusan untuk membawa Dian untuk melihat keindahan yang wujud di Istanbul kepada Dian agar Dian mampu mengubati luka di hatinya itu. Pada malam itu, Azad datang untuk meminta peluang kedua atas kesalahnnya. Keesokkannya, Dian telah bersedia untuk pulang ke Malaysia namun telah dihalang oleh Harris. Segala yang terpendam di dalam hati Harris diluahkan kepada Dian. Jadi Dian perlu membuat keputusan untuk memberi Azad peluang kedua atau memberikan cintanya kepada Harris.💙





Comments